Saturday , 25 May 2013
Berita Terkini
You are here: Home » Tag Archives: Hafiz Hamidun

Tag Archives: Hafiz Hamidun

HAFIZ HAMIDUN BUKA RESTORAN ?

photo 4

Western 114, Restaurant & Grill. Sebuah restoran yang baru sahaja dibuka di Neo Damansara. Mengetengahkan konsep ala western. Majlis perasmian restoran ini telah diadakan pada 15 Mei lalu. Kira-kira 3000 tetamu telah dijamu. Antara tetamu yang hadir ialah Iqram Dinzly, Fadzli Aidil, Radhi OAG, Fitri Haris. Turut kelihatan bekas Menteri Besar Selangor, iaitu Tan Sri Muhammad Hj Mohd Taib. Penyanyi ... Read More »

KONSERT ZIKIR HAFIZ HAMIDUN MEMUKAU

IMG_6438

KONSERT ZIKIR TERAPI DIRI HAFIZ HAMIDUN STADIUM TERTUTUP BANDARAYA JOHOR BAHRU 23 FEBRUARI 2013 – 8.30 MALAM. Ekoran kejayaan Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada 14 November 2012 yang lalu, Arteffects International mempersembahkan fenomena terkini, di lokasi dan dewan lebih besar iaitu Stadium Bandaraya Johor Bahru dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru. Konsert ... Read More »

Zikir Terapi Bergema di Johor Bahru

582737_10151351102902513_1277479233_n

Setelah mendapat sambutan hebat semasa siri konsert yang pertama di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur pada 14 November 2012 lalu, Arteffects International bakal membawakan Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun ke selatan tanah air, bertempat di Stadium Tertutup Johor Bahru, Johor, pada 23 Februari ini. Konsert yang dijangka akan bermula pada jam 8.30 malam ini bakal diisi dengan alunan Zikir Terapi oleh Hafiz Hamidun, melalui rangkaian zikir-zikir yang dipetik dari ... Read More »

HAFIZ BAWA AURA ZIKIR TERAPI KE JOHOR BAHRU

156264_10151249941262513_477072796_n

Rentetan kejayaan siri pertama Konsert Zikir Terapi Diri di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur pada 14 November tahun lalu, Hafiz Hamidun bakal membawakan siri kedua konsert tersebut ke selatan tanah air. Konsert yang diinspirasikan dari album Zikir Terapi ini telah mendapat respon yang memberangsangkan dari peminat tanah air. Justeru itu, Arteffects International selaku penganjur akan meneruskan kesinambungan konsert tersebut pada ... Read More »

Hafiz Hamidun Puas Hati

Ketika ditemui di sidang media baru-baru ini, Mohammad Hafiz bin Hamidun atau lebih dikenali sebagai Hafiz Hamidun mengakui masih penat ekoran penglibatan syarikatnya, Arteffects International yang bertindak menguruskan Majlis Pelancaran Album Salaam Sami Yusuf di Malaysia.  Namun, Hafiz nyata berpuas hati apabila para penonton turut berpuas hati dengan persembahan dan penganjuran Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun yang diadakan pada ... Read More »

Hitam Putih Konsert Zikir Terapi Hafiz Hamidun

Konsert Zikit Terapi Diri Hafiz Hamidun Tarikh : 14 November 2012 Tempat : Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur Masa : 9 malam   # Majlis bermula agak lewat pada malam tersebut. Pihak pengurusan memaklumkan terdapat sedikit masalah teknikal yang terpaksa dikendalikan bagi membolehkan perjalanan konsert berjalan lancar. # Persembahan konsert pada malam tersebut turut diadakan sesi rakaman penuh, dan khabarnya ... Read More »

“Saya Minta Maaf”- Sami Yusuf

Populariti bintang yang mendapat jolokan sebagai ‘Bintang Muslim Terbesar’ oleh majalah Time dan ‘Muslim British Paling Popular Di Dunia’ oleh The Guardian ini pernah dilanda kontroversi sedikit masa lalu. Gara-gara membatalkan Konsert Salaam yang sepatutnya diadakan pada 14 Julai 2012 yang lalu di Stadium Malawati Shah Alam, pelbagai persepsi dan tanggapan yang berlegar-legar di fikiran pihak pengurusan tanah air bahkan ... Read More »

Izzat Mahadi Bergerak Secara Solo

5 buah lagu hasil tulisan saya sendiri yang menggambarkan betapa saya ingin menyampaikan sesuatu sebelum saya pergi selamanya - Izzat Mahadi

Syed Muhammad Izzat bin Syed Mahadi atau Izzat Mahadi, beliau memiliki kekuatan vokal yang luar biasa. Memulakan karier sebagai ahli kumpulan Mirwana suatu ketika dahulu, beliau kemudiannya bergerak solo pada 2006 selepas tempatnya di dalam kumpulan Mirwana digantikan oleh adiknya, Ikram. Kini, selepas sekian lama menyepi, Izzat Mahadi tampil dengan buah tangan sulung berjudul “GARISANMU” di bawah label Arteffects International. ... Read More »

Hafiz Hamidun Bertemu Cinta Di Mekah

Hafiz Hamidun

Penyanyi nasyid, penulis lirik dan komposer terkenal  yang tidak asing lagi di tanahair, Hafiz Hamidun mengaku bahawa beliau telah jatuh cinta dengan seorang wanita dari Indonesia yang kini menetap di Mekah. Doa Hafiz untuk mendapatkan jodoh akhirnya termakbul apabila bertemu buat kali pertama ketika menunaikan umrah pada Mac lalu. Hafiz berkata, wanita itu merupakan anak perempuan kenalan kepada rakan kongsinya ... Read More »

KONSERT SOLO HAFIZ HAMIDUN

246639_10151189124659693_2124891041_n

HAFIZ HAMIDUN. Nama ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Selepas kejayaan produk sulung Irama Terapi yang dihasilkannya, iaitu album  Zikir Terapi Diri yang mencatat jualan melebihi 60ribu unit, beliau seringkali menjadi sebutan. Buat julung-julung kalinya, beliau bakal tampil dengan konsert solo pertamanya iaitu “ Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun” . Konsert ini akan berlangsung pada 14 November 2012 (1 Muharram 1434H), ... Read More »

TAHNIAH : HAFIZ HAMIDUN TERIMA ANUGERAH PLATINUM BERKEMBAR

image

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitu juga dengan seorang komposer ini yang telah memenangi beberapa anugerah pencapaian untuk dirinya. Dan kini, komposer, penulis lirik, penyanyi muda berbakat besar iaitu, Hafiz Hamidun berjaya meraih satu lagi anugerah. Pihak Warner Music telah pun berbesar hati memberikan beliau Anugerah Platinum Berkembar 4 di atas kejayaan album ketiganya, Zikir ... Read More »

Mawi Melaungkan Asmaulhusna

557221_10150924694357513_2147326402_n

Sebelum ini, NasyidKini pernah mewar-warkan mengenai desas-desus tentang penyanyi Mawi yang bakal terlibat dan bekerjasama dengan komposer terkenal, Hafiz Hamidun. Kini ianya terjawab dengan kemunculan album terbaharu beliau yang berjudul Asmaul Husna – Asmawi. Sudah agak lama Mawi menyepi tanpa album baharu. Kemunculan album ini bakal mengubat rindu peminat setia beliau yang telah lama menantikan buah tangan darinya. Preview Album ... Read More »

Scroll To Top