Friday , 24 October 2014
Berita Terkini
Home » Berita » Devotees Naik Pelamin?

Devotees Naik Pelamin?

Lama tidak mendengar khabar mengenai kumpulan yang cukup popular dengan lagu Berjalan Tanpa Henti ini.  Baru-baru ini Krew NasyidKini sempat menghubungi salah seorang vokalis Devotees untuk bertanyakan  perkembangan terkini kumpulan Devotees yang mula berkecimpung dalam industri seni sejak 2004 lagi.

Jom  baca beberapa perkembangan menarik Devotees, eksklusif untuk pembaca NasyidKini dan peminat Devotees!

 

Devotees masih setia berempat walaupun sudah memasuki fasa  lapan tahun bersama di industri. l Kredit : Devotees

 

 

Bakal Terbit Album Kompilasi

Kepada semua peminat, sebuah album kompilasi akan menjadi buah tangan terbaru Devotees sedikit masa lagi. Album istimewa ini akan memuatkan lagu-lagu terbaik yang akan dipetik daripada album pertama mereka, Devotees (2005) dan juga daripada album kedua, Berjalan Tanpa Henti (2011). Paling mengujakan album kompilasi ini akan mempersembahkan dua buah lagu baru hasil ciptaan sepenuhnya oleh vokalis Devotees, Shauqi dan Halim. Nantikan!

 

Konsert Jelajah Devotees 336

Tahun ini akan memperlihatkan Devotees akan mula menempuh fasa “sibuk” dengan road tour pertama mereka, iaitu Konsert Jelajah Devotees. Roud tour yang diadakan hasil kesinambungan penerbitan album Devotees 336 ini bertujuan untuk mempromosi dan memperkenal album tersebut, selain menembusi  pasaran-pasaran luar.

Untuk rekod, Devotees menerusi label syarikat mereka, Devotees Music Works bersama Al-Baghdadi Method Sdn Bhd telah berjaya menerbitkan sebuah album magis berjudul Devotees 336 tahun lalu. Devotees 336 merupakan sebuah album berbentuk pendidikan berasaskan pelajaran al-quran yang mengangkat teknik Al- Baghdadi sebagai wasilah mudah mengenal dan membaca Al-Quran.

 

Devotees bersama Devotees Junior di majlis pelancaran album Devotees 336 tahun lalu. Kredit : NasyidKini

 

Konsert Jelajah Devotees yang dijangka akan bermula pada bulan Mac dan April ini bagaimanapun masih dalam peringkat perancangan. Di mana agaknya lokasi-lokasi terpilih untuk sesi memperkenal dan mempromosi album pendidikan ini, sama-sama kita nantikan!

Untuk review artikel, klik  Album Devotees 336: Cipta Dimensi Seni Kreatif

Untuk preview album, klik Album Devotees 336

 

Melangkah ke Selatan Thailand

 

Devotees buat julung-julung kalinya akan mengadakan persembahan sulung mereka di Thailand Februari ini. Kredit : Devotees

 

Jika sebelum ini, kumpulan UNIC, INTEAM dan beberapa kumpulan lain dilihat rancak memenuhi jemputan show di selatan Thailand. Namun, tahun ini membuktikan kumpulan yang diterajui oleh empat orang anak seni ini juga tidak terkecuali berpeluang melebarkan karier dan dakwah di sana. Devotees akan mula menawan tiga wilayah Selatan Thailand iaitu; Yala, Pattani dan Narathiwat bermula 1 hingga 3 Februari 2013. Tahniah Devo!

 

Memasuki Pasaran Luar

Menyentuh perancangan terbaru Devotees juga, mereka sudah merangka dan merancang untuk memasuki dan menembusi pasaran luar negara iaitu di Thailand, Indonesia dan juga Mesir. Ya, pastinya ini akan memperlihatkan kesungguhan dan komitmen Devotees untuk terus melebarkan karier dan dakwah mereka di luar negara. Semoga Devotees terus maju melakar kejayaan dan menjadi ikon dakwah bukan sekadar di dalam negara bahkan di peringkat antarabangsa. Insya-Allah.

 

Devotees Naik Pelamin?

Satu lagi perkhabaran dan kejutan menarik untuk semua. Satu lakaran sejarah dan kenangan akan tercipta tahun ini berikutan khabarnya dua orang vokalis Devotees akan menamatkan zaman solo mereka. Adakah Halim, Adi, Muhammad atau Shauqi? Pasti ramai yang akan tertanya-tanya bukan?

 

Foto terbaru Devotees dari kiri, Adi Akmal, Halim Ahmad, Shauqi dan Muhammad. l Kredit: Devotees

 

Apa-apa pun sama-sama kita nantikan sahaja pengumuman dan berita gembira ini. Mari doakan yang terbaik buat Devotees!

Kepada Devotees, tahniah dan syabas kerana tahun ini mencatatkan kalian sudah genap lapan tahun berada di persada nasyid tanah air. Semoga terus berjaya mencipta kesegaran dan kelainan buat industri!-NK

Kepada anda di luar sana, mari jalinkan ukhuwah bersama Devotees di Official Facebook mereka,  Devotees  juga di Fan Page Devotees- Kerabat Devotees (Official).